Forum
    Your location: Home >  Forum  >  News  >  Content details
    Malaysia 06-23 06:21
    News 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐫𝐢𝐩𝐭𝐨 "𝐔𝐧𝐬𝐭𝐚𝐛𝐥𝐞", 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐢𝐧 𝐊𝐫𝐢𝐩𝐭𝐨 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢-𝐇𝐚𝐭𝐢

    Bitcoin menunjukkan prestasi terburuk pada hari ini sejak kejatuhan besar pada bulan Mei ketika harga BTC jatuh di bawah tahap $30,000. Bitcoin jatuh lebih dari 11% kepada sekitar $ 28,911. Tahap ini adalah tahap lebih rendah yang dikecapi pada tahun 2020, iaitu pada $29,026. Penganalisis melihat paras $30,000 adalah paras sokongan utama selepas kejatuhan harga besar-besaran pada bulan Mei. Namun paras sokongan ini telah berjaya ditembusi maka terdapat kemungkinan bahawa harga BTC dapat menjunam kepada paras harga serendah $20,000 Ketua Pegawai Eksekutif Galaxy Digital, Mike Novogratz mengatakan di “Squawk Box” CNBC bahawa harga BTC masih boleh mencatat pemulihan walaubagaimanapun dengan sentimen yang sedang berlaku, harga BTC cederung untuk jatuh ke paras harga sokongan seterusnya. $30,000 adalah paras harga sokongan kukuh yang menjadi tembok harapan. Penembusan tembok ini akan menjadikan paras harga $25,000 paras sokongan kuat yang seterusnya. Pada tahun ini kita menyaksikan Bitcoin mencapai paras harga tertinggi sepanjang masa iaitu sekitar $60,000 seunit. Susulan beberapa tweet dari Elon Musk mengenai kebimbangan beliau terhadap alam sekitar yang berkaitan dengan BTC menyebabkan harga BTC jatuh merundum. Kemudian kebimbangan penggunaan kripto dalam serangan ransomware Colonial Pipeline membuatkan harga terus merosot pada bulan Jun. Sejak itu, FUD dan larangan dari China yang datang bertalu-talu menambahkan lagi tekanan terhadap harga BTC. Dengan kerugian pada hari Selasa, bitcoin telah merosot sekitar 54% dari paras tertinggi sepanjang masa lebih dari $ 64,000 dikecapi pada pertengahan April. Penurunan yang ketara telah berlaku sebelumnya iaitu harga BTC jatuh sekitar 80% dari paras tertinggi akhir 2017. Firma pelaburan Kripto, seperti CoinShares, Grayscale dan Bitwise, mengalami aliran keluar minggu keenam berturut-turut dengan sedikit aliran masuk, berdasarkan kenyataan CoinShares. Sentimen bearish lebih tertumpu pada bitcoin, dengan aliran keluar minggu ini berjumlah $ 89 juta, dan berjumlah $ 487 juta untuk tahun ini, atau 1.6% aset di bawah pengurusan. Pasaran kini sedang memerhatikan paras sokongan seterusnya iaitu $28,900 jika paras harga $30,000 berjaya ditembus sekali lagi. Harga BTC kini didagangkan pada harga $31,528.56.

    Write your question...
    Please sign in first Sign up/in to comment
    0 Comments

    There is no comment yet. Make the first one.

    terongbiru
    交易者

    Successfully published