Forum
    Your location: Home >  Forum  >  News  >  Content details
    Malaysia 07-02 07:29
    News George Soros Pun Dalam Diam Dah Melabur Dalam Kripto?

    Firma pengurusan dana gergasi yang dimiliki George Soros, Soros Fund Management dilaporkan melabur di dalam Bitcoin (BTC) dan berpotensi akan meluaskan lagi portfolionya. Tidak pasti tarikh sebenar mulanya pelaburan tersebut tetapi pada beberapa minggu lepas ketua pegawai informasi, Dawn Fitzpatrick ada memberi hint mengenai pelaburan kripto sebelum disahkan sendiri oleh individu yang sama. Dalam diam rupanya firma ini sudah lama ‘mengintai’ sektor kripto. Tidak cukup dengan itu, timbul desas-desus mengaitkan Fitzpatrick sedang berunding untuk mendapatkan pelaburan swasta dalam organisasi terkemuka yang berasaskan blockchain Namun, tiada sebarang penjelasan lanjut berkaitan perkara itu. Soros Fund Management akhirnya menceburi sektor kripto selepas Soros mendakwa Bitcoin sebagai ‘typical bubble’ pada Januari 2018. Ironinya, prinsip berani pelaburan Soros: “When I see a bubble forming I rush in to buy, adding fuel to the fire. (Apabila saya nampak potensi bubble saya segera beli, menyemarakkan lagi situasi)” langsung tidak mencerminkan pasaran semasa kripto. Syarikat gergasi ini juga dikenali sebagai sebuah perniagaan keluarga. Sebelum ini lebih dikenali sebagai hedge fund Boleh dikatakan firma ini antara salah satu syarikat di Amerika Syarikat (AS) yang berjaya menghasilkan keuntungan tahunan lebih 20% bagi tempoh empat dekad. Pada masa yang sama, mereka juga memiliki lebih $20 bilion dalam aset bawah pengurusan (AUM).

    Write your question...
    Please sign in first Sign up/in to comment
    0 Comments

    There is no comment yet. Make the first one.

    terongbiru
    交易者

    Successfully published