Foro
    Su ubicación Página de inicio >  Foro  >  Noticias  >  Detalles del contenido
    Malasia 06-18 10:11
    Noticias Ikut Jejak El Salvador, Paraguay Teruja Bentang Perundangan Bitcoin (BTC) Julai Ini

    Timbalan Kongres Negara dan Bangsa Paraguay, Carlitos Antonio Rejala Helman dijangka akan membentangkan undang-undang Bitcoin (BTC) pada bulan depan. Sejak awal Jun lagi Helman memberi hint berkaitan Bitcoin dan PayPal sehinggalah beliau mengesahkan sendiri melalui satu twit pada hari ini. Pada masa yang sama, salah satu syarikat hiburan terbesar di negara itu, Grupo Cinco juga merancang untuk menerima matawang kripto sebagai medium pembayaran perkhidmatan yang ditawarkan. Dilaporkan mereka akan menerima Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Shiba Inu (SHIB) dan Chiliz (CHZ). Grupo Cinco juga akan membantu lagi 24 firma lain termasuk mana-mana industri yang aktif pada waktu malam seperti restoran pandu lalu untuk menerima matawang tersebut. Seperti yang dijangka keputusan El Salvador menghasilkan domino effect kepada negara-negara lain untuk mempertimbangkan Bitcoin (BTC) sebagai matawang. Pada minggu lepas presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan telah memberi amaran tegas kepada bank pusat untuk mulakan kajian terhadap matawang kripto. “Bank pusat perlu bersedia untuk perubahan dan tidak tertangkap dalam keadaan tidak bersedia.”

    Escribe tu pregunta ...
    Inicie de sesión Registrarse / comentar
    0Comentarios

    No hay comentarios todavía. Haz el primero.

    terongbiru
    交易者

    Publicado con éxito