Berita Ethereum (ETH) Di Hujung Tanduk?

terongbiru

Analis

2021-07-02 15:29
Menerusi satu data yang dikemukakan, rata-rata pelabur tidak yakin Ethereum (ETH) akan bullish walaupun aset tersebut mencatatkan lonjakan hampir 200% pada suku pertama 2021. Pada masa yang sama, aliran institusi semakin lemah terutama bagi derivatif Ether. CoinShares mendedahkan dana Ether mencatatkan rekod aliran keluar berjumlah $50 juta pada minggu lepas. Mungkinhard fork London dan EIP-1559 yang dijadualkan pada Julai akan melonjakkan harga ETH. Namun pada Jun, aset itu gagal bergerak positif jika dibandingkan dengan Bitcoin (BTC), jurang sebanyak 16% meskipun pengumuman bersiaran pada Februari lalu. Lebih membimbangkan ialah niaga hadapan premium Ether bagi Disember menunjukkan rekod di bawah 4%-8%. Lebih parah, ia gagal didorong oleh peningkatan 3.5% niaga hadapan Disember BTC. Bagi pasaran yang sihat, niaga hadapan bagi suku tahunan harus didagangkan di pertukaran premium sehingga yang biasa. Sebagai tambahan kepada risiko pertukaran, pedagang ‘mengunci’ dana dengan menangguhkan penyelesaian. Disebabkan itu premium pada kadar 4% hingga 8% bagi kontrak Disember sudah cukup untuk mengimbangi kesan tersebut. Jikapun niaga hadapan gagal didagangkan dalam julat tersebut, ia menunjukkan sentimen bearish jangka pendek. Tidak cukup dengan itu, penyusutan Bitcoin sebanyak 30% pada masa akan datang barangkali akan membawa keruntuhan harga altcoins dua kali ganda. Walaupun tidak pasti sejauh mana Bitcoin akan merosot, ketua eksekutif analitik kewangan ADVFN, Clem Chambers meramalkan Bitcoin akan menjunam sehingga $20,000.
11
Saya juga ingin komentar
Tanyakan pertanyaan